Saturday, June 14, 2008

Isu Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo-nama yang cukup gah dalam bola sepak dunia ketika ini. 42 gol dalam satu musim bersama Manchester United, serta memenangi Kejuaraan Liga Inggeris dan Piala Juara-Juara Eropah merupakan detik yang paling bermakna di dalam kerjaya beliau.

Sebagai pemain bola sepak, tidak ragu-ragu lagi Ronaldo merupakan pemain yang ada kelas tersendiri. Tetapi sebagai seorang lelaki, dia menunjukkan sikap yang tidak digemari oleh orang ramai. Ronaldo juga gagal menunjukkan rasa hormat kepada pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dan penyokong Red Devils.

Ronaldo sudah berumur 23 tahun dan tidak sepatutnya dia menunjukkan sikap yang tidak matang. Ronaldo sudah berada di Old Trafford selama 5 musim tetapi baru 2 musim lepas Ronaldo betul-betul menggegar. Ferguson selalu mempertahankan Ronaldo meskipun Ronaldo suka menjatuhkan badannya dengan sendiri. Ronaldo juga suka menggelecek bola untuk melepasi lawan dari menghantar kepada rakan sepasukan yang kosong. Itupun Ferguson menyokong tindakannya. Apabila Ronaldo mengenyitkan matanya tanda Wayne Rooney sudah dibuang padang pada Piala Dunia 2006 yang lalu, Ferguson sekali lagi berdiri teguh di belakang Ronaldo, dan juga penyokong-penyokong Man Utd. Mereka sepatutnya 'membunuh' Ronaldo selepas insiden di Piala Dunia lalu tetapi mereka tidak.

Tetapi selepas semua jasa mereka kepada Ronaldo, membentuk Ronaldo sehingga menjadi pemain kelas dunia, Ronaldo membalas jasa mereka dengan teruk sekali. Ronaldo nampaknya telah bersedia untuk bermain dengan Real Madrid pada musim depan.

Kenapa terlalu tergesa-gesa hendak bermain dengan Real? Ronaldo masih muda. Semestinya Ronaldo mesti berkhidmat dengan Man Utd selama 2 musim lagi sebelum memikirkan untuk berpindah ke Real Madrid. Saya amat faham jika ia impian Ronaldo untuk bermain dengan Real Madrid tetapi Ronaldo telah banyak berhutang jasa dengan United dan Ronaldo perlu bersabar. Tidak kah Ronaldo berfikir tentang perasaan peminat-peminat United dan rakan sepasukannya??

Selaku peminat Man Utd, saya yakin Ronaldo telah dinasihati oleh penasihat-penasihatnya(saya tidak tahu siapa) untuk berpindah ke Real Madrid tetapi mereka hanya berminat dengan wang dari menjaga kebajikan Ronaldo.

Di akhir musim selepas final Liga Juara-juara Eropah, saya amat gembira jika Ronaldo berkata "I’m not interested in joining Real — I’m happy at United.’ Tetapi Ronaldo tidak berkata begitu. Ronaldo hanya memberi senyuman dan berkata akan memberi jawapan dalam masa 2 atau 3 minggu lagi. Ronaldo ingat dia membuat lawak tetapi tidak kelakar pun. Jikalau pun Ronaldo memberi kejutan pada peminat Man Utd dengan memutuskan untuk kekal dengan Man Utd, saya tidak berasa yakin hati Ronaldo berada di Man Utd.

Sudah tentu bukan Ronaldo seorang sahaja perlu disalahkan dalam hal ini. Nampaknya Real Madrid sekali lagi menunjukkan rasa tidak hormat kepada kelab lain dan undang-undang bola sepak. Tetapi Real Madrid pasti akan bertindak lagi selepas ini, asalkan mereka dibenarkan membuat begitu.

Saya amat menyukai jika Ronaldo boleh menunjukkan rasa hormat kepada Man Utd dan dia dapat membuktikan bahawa kami salah dengan kekal bersama Man Utd musim depan.

Sedihnya, saya rasa tidak mungkin Ronaldo akan kekal.

No comments: